Social Icons

Pages

Sunday, 8 September 2013

SEJARAH PENUBUHAN PPDa

  Pada tahun 2008, Lorong PPDa berada bersebelahan bilik Bimbingan dan Kaunseling iaitu berhampiran blok pentadbiran, maka satu keputusan diambil untuk mencari laluan baru yang lebih strategik serta menjadi tumpuan murid.

  Keputusan mengadakan lorong PPDa yang baru telah dicapai rentetan daripada satu taklimat yang dihadiri pada 10 Mac 2009.

  Pada 23 Mac 2009, laluan disebelah rawatan bersetentangan dengan laluan masuk utama telah dibangunkan untuk dijadikan Lorong PPDa yang baru. Semenjak dari tarikh tersebut lorong ini diberi nafas baru dan lebih efektif. Lorong ini menjadi fokus utama dalam usaha memberi kefahaman dan pendidikan penyalahgunaan najis dadah secara bersepadu. Sejak itu, lorong ini berkembang dengan pesat dan telah mencapai tahap terbaik untuk mencapai misi Sekolah Bebas Dadah 2012 serta Negara Bebas Dadah menjelang 2015. 

  Lorong yang dibangunkan khusus untuk mendidik serta mencegah penyalahgunaan dadah dadah ini telah mendapat pengiktirafan daripada JPN Terengganu dengan menjadi johan lorong PPDa pada tahun 2009 dan 2011. Kejayaan yang agak manis adalah mendapat tempat keempat dalam pertandingan Lorong PPDa peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Kejayaan ini telah memberi perangsang kepada kami untuk terus menambah baik lorong ini ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

0 comments :

Post a Comment

TAKWIN SEKOLAH